
Stoking bayi berwarna coklat dan bertapak hitam. Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 6 bulan. Bersaiz 8cm dan boleh regang hingga 10cm. Kombinasi warna yang dipilih oleh rakan pejabat untuk bakal bayi yang akan ditimangnya.
Hasil kaitan saya.
Akhirnya, walaupun dah siap lama dah, tapi hanya hari ni berjaya menghias dan meletakkan di dalam kotak yang sesuai untuk dijadikan hadiah bersama kad untuk ditulis sedikit kata-kata kepada penerima. Tinggal diletakkan riben sahaja di kotak. Saiz kali ini sesuai untuk bayi berusia hingga 6 bulan. Satu yang menariknya tentang mengait ini adalah, jika mengait, kita tidak boleh terlalu keras atau ketat. hasilnya, produk boleh meregang.